22 December 2013

Review Novel: Perempuan Yang Paling Aku Cinta

Assalamualaikum.. Jempu baca review dari aku tentang novel ni..


Sinopsis PYAC:


Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.
Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.
Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu. 

“You know what Karl? I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect to come back like nothing’s wrong?.. ~ Bunga

“Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi.


Review dari aku:

First aku nak cakap yang novel acik lana memang best. Novel ni mengisahkan Bunga yang terlanjur dengan Karl. Habis madu dibuang sepah. Ayat tu memang sesuai dengan keadaan Bunga. Karl Hakimi bila tahu yang Bunga terseksa disebabkan dia, dia nak tebus balik tapi cara dia salah. Ada ke nak pujuk pergi buat benda yang tak sepatutnya kat Bunga. Eii.. geram jugaklah. Dah puas tak dapat pujuk Bunga, Karl pergi jumpa parents Bunga. Bayangkn yang Bunga pun dah teruk kena belasah inikan pulak Karl. Bukan semua orang boleh baca novel ni sebab novel ni Limited Edition. So, kalau sape-ii nak beli novel ni kena masuklah group Luahan Otak Kecil sebab kat situ kadang-ii ade orang jual/sewa novel ni  Apa-papun Acik you are the best (Y) ! 

Facebook group: Luahan Otak Kecil