03 January 2014

Review Novel: Pelakon Cinta & Mr. G

Assalamualaikum.. Novel kesukaan aku.. Cerita pun best.. Jom bace review aku mengenai novel ni..


Sinopsis Pelakon Cinta & Mr.G:
Mr. G singkatan untuk apa? Bukanlah mr. gemuk atau mr. gila, tapi sudah tentulah mr. G yang dimaksudkan ialah mr...
Dengan ganjaran RM2 juta yang menanti, Tengku Marylin Myacella yang terkenal dengan sikap gediknya telah memenuhi permintaan sahabatnya untuk memastikan seorang pemuda yang dipercayai mr. G berubah menjadi lelaki normal. Tapi, dia sendiri berasa resah dan gelisah!
“You ingat, you cantik sangatlah sampai I teringin nak jadikan you girlfriend I?!”-  Syed Zakuan Zafran.
“I memang sangat cantik. Tapi I tahu, dalam mata you, pasti I tak secantik Aaron Aziz atau tak secomel seperti artis lelaki Korea, kan?! Takkanlah I perlu tukar jantina I semata-mata untuk jadi girlfriend you?” -Tengku Marylin Myacella.
Dalam menjayakan misinya, Mary keliru dengan perasaannya sebenar sama ada dia betul-betul ikhlas jatuh cinta ataupun sekadar lakonan semata-mata. Zafran pula telah merahsiakan cintanya selama tujuh tahun, tapi dia berjaya juga memiliki Mary dari sebuah penipuan yang dicipta. Namun, dalam keasyikan mereka melayari bahtera, sekali lagi mereka diuji dengan rintangan yang mencabar kepercayaan mereka.
“Selama ini I ingat you ikhlas cintakan I…”-  Syed Zakuan Zafran.
“Kalau kau dah tahu aku curang dan tak cintakan kau lagi, kau ceraikan aku Zafran! Ceraikan aku!” –Tengku Marylin Myacella.
Cinta yang bermula dari sebuah penipuan dan sandiwara akankah kekal bahagia? Mampukah Mary mengubah Zafran menjadi lelaki normal? Hanya Pelakon Cinta & Mr. G yang dapat menentukan kesudahan cinta mereka…
Review dari aku:

Tengku Marylin seorang yang pantang dicabar dan disebabkan itu, dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Syed Zafran yang kononnya Mr.G. Tapi kesian kat Zafran sebab dari dulu lagi dia syok kat Marylin walaupun Marylin dah ade pakwe. Sampai satu masa, Zafran dah pasrah tiba-tiba pulak Marylin baru sedar kewujudan dia. Yang si Marylin pulak tak pandang lelaki lain sebab dia sayang sangat kat arwh pakwe dia. Tapi akhirnya Marylin dan Zafran kahwin jugak. Zafran romantik habis lepas kahwin. Melting gitu.. Auww.. Disebabkan satu kejadian, Marylin dan Zafran gaduh teruk. Perkahwinan mana yang tak dilanda badai kan? Semua ni angkara seseorang. Keadaan bertambah lagi teruk bila muncul lagi seorang lelaki. Dan akhirnya ..... Opps ! Sorry tak bole bagitau ending novel ni kalau idak korang mesti tak beli novel ni nanti. Pasai tulahhh kena beli..